Pasar Malam KRT


AJK Mengecat Semula Petak Pasar Malam
8, 15 dan 22 April 2017





Lawatan Jasamu Dikenang

Tarikh:   Rabu 11 Jan. 2017
Sasaran:  Tn. Hj. Idris B. Mat Jan
Jawatan:  Mantan Pengerusi dan pengasas Pasar Malam Taman Bertam Jaya
Peserta:  Pengerusi dan AJK Pasar Malam





SUMBANGAN BATERI ECOGEN 
DARIPADA TIMBALAN MENTERI MOSTI
YB DATUK HJ. ABU BAKAR MOHD. DIAH

Tarikh:   Selasa 30 Ogos 2016
Masa :  5.30 ptg.
Tempat:  Tapak Pasar Malam
Sasaran:  Peniaga drpd. Parlimen Tangga Batu sahaja.




Penyampaian bateri 'ecogen' oleh YB
(Harga RM1,300 per set x 57)




Makan durian setelah habis penyerahan bateri.










MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN
SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM 1436H / 2015M

Tarikh  :    Rabu 8 Julai 2015
Tempat :   Surau Nur Iman




Cenderahti untuk peserta tadarus Al Quran





Sumbangan Pasar Malam Kepada Anak Yatim
Anak-anak yatim taman umur di bawah 12 tahun:
1.                 Zamil b. Hassan                                -   3 tahun, Jln. 18
2.                 Tamim b. Hassan                              -   2 tahun, Jln. 18
3.                 Pedarus  b. Salman                           -   11 thun, Jln. 18
4.                 Azfa Syafiqah bt. Mohd. Abi Zar     -   9 tahun, Jln. 4
    No. K. P:  060912-04-0174
5.                 Ahmad Nijad b. Mohd. Abi Zar       -   8 tahun, Jln. 4
    No. K. P:   071117-04-0267
6.                 Siti Aishah bt. Hasbullah                 -   11 tahun, Jln. 3.




SANTAI BERSAMA PEMIMPIN
Tarikh   :  Selasa  26 Mei 2015
Masa   :  5 petang
Lokasi  :  Tapak Pasar Malam - Warong kopi En. Naim Ab. Rahman














 PASAR MALAM
Objektif:
Objektif utama adalah untuk mengisi Tabung Kewangan KRT. Ia juga diharap akan memudahkan pemastautin taman mendapatkan barangan keperluan harian dan memberi peluang kepada penduduk berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Rintitan Penubuhan: 
1.       9 April 2002:   Kelulusan permohonan mebuka Pasar Malam daripada Ketua Polis Balai, Polis Diraja Malaysia, Tanjung Minyak, Melaka.
2.       14 April 2002:  Mesyuarat Khas AJK untuk penubuhan Pasar Malam.
3.       15 Jun 2002:   Permohonan dimajukan kepada Jabatan Perlesenan dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, Lebuh Ayer Keroh Melaka.
           Permohonan disertakan bersama:
           a.    Minit Mesyuarat Khas Penubuhan dan AJK yang dilantik.
           b.   Surat sokongan dari Pengerusi JKKK Cheng.
           c.   Surat sokongan dari tuan OCS Balai Polis Tanjung Minyak.
           d.   Borang Permohonan dari MBMB
           e.   Pelan Cadangan lokasi pasar malam.

Hari:  Setiap malam Selasa
Masa:  4.00 - 10.00 malam.
Bilangan petak:  206

Peniaga Abd. Ghani Ismail dan isteri dari Kg. Rumbia, Alor Gajah sedang melayan pelanggan dengan aksesori wanita dan lelaki.





Belian tapak:  RM20.00 per petak
Sewa petak 1 malam: RM2.00 per petak
Menumpang petak: RM4.00 per petak.

Laluan yang sibuk dengan gerai-gerai peniaga dikiri dan kanan jalan.








En. Rozi dengan anak-anaknya sedang menunggu pelanggan. Berbagai jenis ikan bilis yang berlainan harga disediakan.










AJK pasar malam En. Yahya Yaacob dan Hj. Arif Manjar sedang meninjau buah-buahan yang dijual.










Peniaga En. Mohamad Omar dari Tanjung Minyak dengan sayur-sayurannya.
No. petak yang dibeli ialah 88, 90 dan 92 dengan harga RM60.00.









Anak-anak Wan Mahiran Wan Ismail  dari Taman Seri Bertam di gerai nombor 67, 69 dan 71 dengan laksa mereka.










Peniaga daging segar dari Kg. Air Hitam Darat, Masjid Tanah En. Abu Samah.











Peniaga kain tudung dari Tanjung Minyak dengan seorang pelanggan yang sedang memilih tudung yang sesuai.










Peniaga En. Hammidi Khamis dari Taman Cheng Jaya dengan pakaian bundlenya di gerai nombor 11, 13, 15, dan 17.











Pengerusi Pasar Malam KRT En. Nor Hashim Yusof dengan beberapa AJK sedang minum di warung En. Naim setelah selesai memungut sewaan tapak.









AJK yang bekerja keras memungut wang sewaan petak En. Mohd. Kasal, Hj. Arif dan En. Jemaat Pyejan.
Sedang minum-minum setelah selesai tugas.









Bendahari pasar malam En. Jemaat Pyejan bersama dua anggota polis dari Balai Polis Tanjung Minyak yang bertugas memantau keselamatan setiap kali diadakan pasar malam.










SUMBANGAN PASAR MALAM                      
            Pasar Malam KRT pada asasnya adalah untuk mengisi tabung KRT. Wang yang terkumpul juga dikeluarkan sebagai sumbangan kepada kesatuan lain yang ada dalam taman untuk menjayakan aktiviti yang dirancang.  Kesatuan lain seperti Kumpulan Belia 4B, Persatuan Penduduk, Surau dan Puteri UMNO.
            Terakhir, pada 31.1.2012 yang lalu Pasar Malam KRT menyumbang RM300.00 kepada Persatuan Penduduk Taman Bertam Jaya untuk menjalankan aktiviti dan menempah baju koperat untuk AJK.

Pengerusi KRT merangkap Pengerusi pasar malam En. Nor Hashim Yusof menyampaikan sumbangan kepada En. Mohd. Kasal Zainul iaitu Pengerusi Persatuan Penduduk TBJ. Sumbangan disampaikan di warong kopi En. Naim selepas pungutan pasar malam.



LAWATAN PEGAWAI PERPADUAN
KE LAMAN WI-FI KRT

Telah mula dirancang pada awal Mei 2012. Tempat yang dicadangkan ialah kawasan lapang Jalan 1, dihadapan rumah Pengerusi KRT En. Nor Hashim Yusof . Sehingga bulan Jun, tiga set meja batu telah diadakan sumbangan daripada tabung Pasar Malam. 
Bermula pada tarikh Selasa 26 Jun 2012 sempena lawatan dua orang pegawai JPNIN Daerah Melaka Tengahke tapak pasar malam, 3 buah hamper bersama plag dan sijil diserahkan kepada 3 peniaga yang terpilih.
Sempena lawatan ini juga buletin pertama "BERITA KRT Taman Bertam Jaya" diedarkan kepada semua peniaga untuk menyalurkan maklumat dan sebagai menarik minat peniaga.

Hadiah Kepada Peniaga:

Mulai bulan Jun 2012, setiap hujung bulan Pasar Malam akan mengeluarkan sebuah hamper untuk diberikan kepada peniaga dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan membalas budi peniaga kerana menjalankan perniagaan di Pasar Malam KRT. Peniaga yang berkenaan mestilah yang sentiasa mematuhi Undang-undang Kecil Pasar Malam dan sentiasa menjaga kebersihan dikawasan penigaannya.



Peniaga pertama Pn. Wan Mahiran bt. Wan Ismail yang menjual laksa.
Malam bertuah baginya. 


Peniaga kedua Pn. Anita bt. Salleh,
menjual minuman air tebu sedang menerima hampernya.



Peniaga ketiga, menjual barangan mainan dan eksoseri wanita.

Cenderahati daripada Pengerusi KRT untuk Pn. Nadia

 Juga cenderahati kepada En. Razak.

PERBINCANGAN UNTUK PROGRAM TREASURE HUNT
Pada malam yang sama telah diadakan perbincangan awal untuk mengadakan program ini . Progran ini dinamakan Treasure Hunt Amal Perpaduan 2012,  menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak.
Program dirancang pada tarikh Ahad 8 Julai 2012 dan perjalanan meliputi daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. 
Perbincangan diadakan di Bilik Mesyaurat KRT pada jam 9.00 malam.

 Perbincangan awal untuk Program Treasure Hunt peringkat Daerah Melaka Tengah.

Menjamu nselera di Restoren Singgah Selalu.


MENAMPAL PELEKAT GERAI (STICKER)
Pada malam 27.5.2014 telah diedarkan pelekat gerai (sticker) untuk ditampalkan di kemah semua peniaga tetap.  Pelekat ini akan membantu penganjur mengenalpasti peniaga dengan bilangan dan nombor petak yang betul.


En. Nor Hashim (Pengerusi Pasar Malam) sedang menampal Pelekat Gerai disalah sebuah gerai. 



 AJK En. Mohd. Kasal sedang membantu peniaga membuka Pelekat Gerai.